LATAR BELAKANG
NAMA SEBENAR :Muhammad bin Imam Rasu
NAMA PANGGILAN :Mat Kilau
NAMA AYAH :Imam Rasu bin Shahrum (Tok Gajah)
NAMA IBU :Teh Mahda (anak kepada Tok Kaut Burau)
TEMPAT LAHIR: Kampung Masjid Pulau Tawar,Jerantut,Pahang
TAHUN LAHIR: Dipercayai lahir pada tahun 1865/1866
NAMA ISTERI: Yang Chik binti Imam Daud (dikurniakan 3 orang anak)
SEJARAH PERJUANGAN
- Pada 9 April 1892, Mat Kilau telah menyerang Kuala Lipis yang mana ketika itu telah dijaga oleh Hugh Clifford. Kumpulan Mat Kilau berjaya menawan Kuala Lipis dan merampas semua barang-barang yang ada di sana.
- Pada 20 Julai 1892, Mat Kilau dan Datuk Bahaman telah menyerang Kuala Cheka. Pertempuran itu berlaku selama lebih kurang 5 jam akan tetapi Mat Kilau tidak berjaya menawan Kuala Cheka. Pada hari itu juga, tidak berapa jauh dari Kuala Cheka, orang-orang Datuk Bahaman dan Mat Kilau telah menyerang dan menawan sebuah tempat berkawal pasukan pihak British. Kemudian, telah menghalau 4 orang mata-mata Sikh dan beberapa orang Melayu yang berkawal di tempat itu.
- Pada waktu Subuh, 14 Jun 1894, pasukan yang diketuai oleh Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi telah membuat serangan mengejut ke kubu yang dikawal oleh pasukan pihak polis British di Kuala Tembeling. Serangan itu berjaya dan daripada 11 orang mata-mata Sikh yang berkawal di kubu itu, 5 orang daripadanya telah terbunuh dan yang lain telah melepaskan diri.
MISTERI KEMATIAN MAT KILAU
- Khabar yang menyatakan Mat Kilau telah mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.
- The Straits Times menyatakan "Ketua Penderhaka,Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895".
- The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu di sebabkan kehilangan banyak darah".
- Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau maka pada pendapat umum tamat sudahlah riwayat Mat Kilau.
- Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku hanya diketahui oleh beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
KEMUNCULAN MAT KILAU
- Disebabkan Mat Kilau telah dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan hidup berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat. Akhirnya, bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang
- Sejak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhir sekali beliau memakai nama Mat Siam.
- Pada Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim telah memperkenalkan dirinya yang sebenar.
- Bagi mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
- Atas daya usaha anaknya, Omar bin Mat Kilau maka Mat Kilau dibawa ke kampung asalnya.
- Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk solat Jumaat.
- Selepas selesai solat, Mat Kilau telah membaca Al-Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
- Pengisytiharan tersebut telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
- Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan kesahihan mengenai Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis 6 Ogos 1970, diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
- 4 hari kemudian, Mat Kilau telah meninggal dunia akibat uzur.
- Usianya ketika itu dipercayai berusia 123 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya dengan lebih lanjut.
LAUNGAN KEMERDEKAAN
- Diantara ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1880-an, Mat Kilau sempat menyaksikan sendiri detik kemerdekaan negara.
- Beliau berpeluang melaungkan ungkapan keramat "Merdeka" pada 31 Ogos 1957.
- Namun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri, Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah Mat Kilau.
No comments:
Post a Comment