Saturday, February 21, 2015

DATO BAHAMAN

  



Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu


LATAR BELAKANG

Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

ANUGERAH

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.


 FAKTOR PENENTANGAN DATO' BAHAMAN


1.HILANG HAK MENGUTIP CUKAI

Dato' Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya.

2. PEMBINAAN BALAI POLIS 

Konflik antara Dato' Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Tertua tanpa berunding terlebih dahulu Dato' Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.

3. PERLUCUTAN GELARAN

Keengganan Dato' Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hugh Clifford menganggapnya sebagai penderhaka. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang.



KRONOLOGI


PADA 16 DISEMBER 1891, 

British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang.

PADA 26 DESEMBER 1891,

 Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk menawan semula Lebuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura.

PADA JANUARI 1892, 

British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.  Pasukan Tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. 'Gerakan Sultan' telah menawan 11 buah kubu  Dato' Bahaman di Bentong.

PADA MAC 1892

Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau.

PADA 8 MEI 1892, 

British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.

PADA 14 JUN 1894, 

Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu telah menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.



KESIMPULAN


Walaupun Perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, mereka telah memperlihatkan keberanian menentang British. Semangat patriotisme yang ada pada jiwa mereka telah berjaya menggugat kedudukan British di Pahang. Kebangkitan selama empat tahun (1891-1894) telah menyebabkan British menaggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad juga dipaksa membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut






1 comment: