LATAR BELAKANG
Pawang Nong atau
nama sebenar beliau ialah Haji Nong Taib Bin Santan,
merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu
masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut serta dikatakan pernah menuntut dengan
pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang menentang penjajah
suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut,
Pahang.
ASAL
USUL
Beliau telah
dilahirkan di Kampung Sempiat,Tanjung Besar, Benta Kuala Lipis pada tahun 1874
dan beliau telah meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka.
Makam beliau boleh dilawati di perkarangan masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut,
Pahang. Beliau mempunyai dua orang isteri serta dikurniakan 11 orang anak hasil
perkahwinan beliau iaitu isteri pertama bernama Patam Mat Sama yang dikurniakan
8 orang anak (4 orang lelaki dan 4 orang perempuan) dan dengan isteri kedua
yang bernama Hajah Halimat Binti Mak Long dan dikurniakan 3 orang anak (1
lelaki dan 2 perempuan
JASA
Beliau merupakan
pengasas atau pembuka Kampung Ulu Cheka bersama 7 orang kawannya pada 7 Julai
1907. Dan beliau dilantik sebagai ketua kampung pertama sehingga tahun 1966.
Selain itu beliau merupakan pengasas masjid Kampung Ulu Cheka serta merupakan
Pawang Utama di kampung ini serta menjadi Pawang Diraja.
Beliau juga
merupakan pengasas seni silat cekap di kampung Ulu Cheka serta merupakan Pahlawan
Melayu Pahang yang menentang penjajahan komunis dan tentera Jepun di daerah
ini.Di kalangan penduduk setempat yang rapat memanggilnya dengan gelaran Aki We
atau Moyang We.
PINGAT
DAN ANUGERAH
1. Mendapat penganugerahan pingat daripada
British iaitu dari Sir Gerald Templer dengan British Empayar Medal (B.E.M)
2. Kerajaan Persekutuan pula mengenang
jasanya dengan memberi pingat AMN, manakala kerajaan Pahang menganugerahkan
pingat PJK dan PKT.
3. Menjadi ketua Kampung pertama di
kampong Ulu Cheka, sejak mula pembukaan sehingga 1966.
4. Merupakan Sahabat dan anak murid kepada
Pahlawan Mat Kilau.
5. Pernah menjadi Pawang Di Raja semasa
zaman kegemilangnya. – sinar harian
KEHEBATAN
Selain dari
kebolehan beliau mengubati pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan kaedah
perubatan tradisional beliau juga merupakan seorang pendekar silat cekap dan
diceritakan mempunyai ilmu kebal serta ilmu kalis besi. Dari sumber lisan orang
tua dahulukala pernah menceritakan bahawa Pawang Nong pernah ditangkap komunis
lalu dirantai tangan beliau dengan besi namun dengan kehebatan ilmu yang beliau
ada dengan mudah sahaja melepaskan rantaian atau ikatan besi tersebut serta
beliau pernah ditembak namun pelurunya hanya memasuki poket baju yang beliau
pakai sahaja tanpa dapat mencederakan beliau. Dan dikatakan beliau jugalah yang
berjaya menangkap orang minyak yang berleluasa di sekitar perkampungan Ulu
Cheka dan Kampung Damak suatu masa dahulu.[perlu rujukan]
Dikhabarkan juga
melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala[perlu rujukan] bahawa ketika
zaman penjajahan tentera Jepun, beliau berjaya memagari dari dilihat atau
dicerobohi oleh tentera Jepun untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung
Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka. Oleh kerana kemasyuran nama beliau
ketika itu ramai yang datang untuk belajar dan berguru dengan beliau khususnya
dalam bidang perubatan tradisional.
Makam beliau
boleh dilawati di masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Atas jasa-jasa
beliau ini sebuah sekolah rendah kebangsaan dinamakan sebagai Sekolah Rendah
Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka bagi mengingati atau mengenang jasa beliau
dalam mempertahankan dan memperjuangkan orang-orang Melayu suatu masa dahulu.
RAJAH 1.1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAWANG
NONG. ULU CHEKA.
No comments:
Post a Comment